Tuesday, January 6, 2015

Tuesday, January 19, 2010

PIAGAM PELANGGAN



PIAGAM PELANGGAN 
 
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
1
menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
2
menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3
memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4
membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5
memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
6
memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

VISI & MISI

VISI


Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.



MISI

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

SEJARAH

PENGENALAN

Pusat Kegiatan Guru Mambau merupakan satu institusi pendidikan di bawah rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dahulunya dipanggil  PKG Kawasan Semarak sekarang telah ditukar kepada PKG Kawasan Mambau. Di seluruh Malaysia terdapat 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang wujud di setiap daerah dengan dibahagikan mengikut zon.
Pusat Kegiatan Guru memberi perkhidmatan kepada sekolah di bawah kelompok masing-masing. Di PKG Mambau terdapat 35 buah sekolah ahli dan diterajui oleh 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan,1 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Juruteknik Komputer.

LOKASI 

Terletak di dalam Kawasan sekolah SMK Mambau,Jln Seremban-Port Dickson. PKG Mambau ini adalah satu-satunya yang terletak di dalam kawasan sekolah menengah.

e-Pendidikan

Agensi Percetakan

Radio dan TV