Tuesday, January 19, 2010

SEJARAH

PENGENALAN

Pusat Kegiatan Guru Mambau merupakan satu institusi pendidikan di bawah rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dahulunya dipanggil  PKG Kawasan Semarak sekarang telah ditukar kepada PKG Kawasan Mambau. Di seluruh Malaysia terdapat 367 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang wujud di setiap daerah dengan dibahagikan mengikut zon.
Pusat Kegiatan Guru memberi perkhidmatan kepada sekolah di bawah kelompok masing-masing. Di PKG Mambau terdapat 35 buah sekolah ahli dan diterajui oleh 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan,1 orang Pembantu Tadbir dan 1 orang Juruteknik Komputer.

LOKASI 

Terletak di dalam Kawasan sekolah SMK Mambau,Jln Seremban-Port Dickson. PKG Mambau ini adalah satu-satunya yang terletak di dalam kawasan sekolah menengah.

No comments:

Post a Comment

e-Pendidikan

Agensi Percetakan

Radio dan TV